"Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang pakar dalam ubatan tradisional, penyakit itu dapat disembuhkan dan perut saya kembali normal. Sukar dibayangkan keadaan ketika itu badan menjadi lemah, sehingga sukar untuk bangun," katanya kepada mStar Online.
Menerusi Kamus Dewan, busung ialah penyakit gembung perut yang berisi air akibat sesuatu penyakit. Sementara itu, Emma berkata, sehingga kini dia tidak tahu siapa yang 'menghantar' sihir itu dan pada masa sama enggan tahu individu berbuat demikian.
Malah Emma mengambil pendekatan untuk hadkan beriadah bersama rakan-rakan dan lebih banyak menghabiskan masa di rumah. "Saya ada juga tanya kepada mereka yang mengubat saya. Tetapi mereka cuma berkata ramai yang cuba mengenakan saya. "Jadi sejak sihat beberapa bulan lalu, saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan kurangkan pergaulan dengan rakan-rakan.
Maklumlah, di dalam industri ini, dalam yang suka, pastinya ada yang membenci. "Apa yang saya dedahkan di sini di harap dapat diambil iktibar oleh orang lain. Sebab kita tidak tahu, orang yang paling dekat dengan kita mungkin orang yang paling benci kita," ujarnya.


No comments:
Write comments